Thursday, October 6, 2011

Exam timetable is outtt!

Rasa dikejar kejar sahaja saya hari ini. Terlalu banyak perlu di telaah. Menambahkan lagi kemengahan, temujanji dengan kak jenet jekshen pada esok hari. Baiklah malam ini perlu mentutup komputer riba secepat mungkin supaya mampu menumpukan perhatian sepenuhnya. Tapi 'saya fon' tidak dapat tidak, tidak boleh ditutup kerana ianya sangat penting walaupun pada siang siang hari ia hanya akan berbunyi untuk menandakan masuknya solat fardhu. Itupun jika saya tidak mensenyapkan saya fon itu. Eh kenapa selalu mahu kentut kebelakangan ini? Oh itu sudah kelaut(keluar topik). Isu kentut perlu disimpan kemas jauh dari pengetahuan ramai. Baiklah, kembali kepada tajuk asal, saya sudah ketakutan (cuak) dengan kehadiran peperiksaan akhir tepat satu bulan lagi. Kertas pertama adalah undang undang keparat yang menuntut separuh jie. Eh. Menuntut separuh Jiwa ku pergi. Eh tidak. Menuntut separuh minda ku. Adakah dapat anda melihat betapa berkocaknya jiwa dan minda saya tatkala ini? Seringkali merasa dihambat masa dan bayang bayang sendiri. Heyyy jangan disebut hal bayang bayang kerana bayang bayang adalah sungguh hitam dan kelam, mengikuti kemana mana boleh membuatkan jiwa anda kelam kabut dan keluh kesah.

Namun begitu. Ini serius. Jangan sesekali meninggalkan tuhanmu walaubagaimana kelam kabut dan keluh kesahnya kehidupan kamu. Kerana pabila sekali kamu meninggalkan tuhanmu, hilanglah ketenangan yg mampu kamu miliki. Kita merupakan orang islam. Solat jangan ditinggalkan. Sepandai mana pun kita dalam pelajaran, secantik mana pun kita di mata manusia, sekelip mata tuhan boleh mentarik nikmat itu. Apakah perasaan anda jika bangun esok pagi, anda lupa siapa anda. NAUZUBILLAHIMINZALIK! Marilah menyedari bahawa tuhan itu maha hebat. ALLAHUAKBAR!! Janganlah kita menjadi seperti jiran saya, disaat saya menaip ini, mereka sedang memasang lagu dengan kuat. Woiiii smyg maghrib woiiiii!!

Ok dah. Hopefully u get something from this rojak pasemboq entry. Oh, one thing, I really can't promise when i can bring up my spring break entry. Each of my days are getting tougher and tougher now. I've got to struggle for at least a pass for my corp law without neglecting other subjects. I'm not even sure what accounting process and analysis actually expect me to know. I think it's an easy subject but i know it shouldn't be that easy!! So i am really in a big trouble, ain't i?? Oh, and I have a feeling u guys are already tired with me mentioning about that corp law yadda yadda. 'macam kau sorang blaja susah kannn'. If u feel so, my deepest apology directly from heart to u.

Till we met again, talk to u later!! =)

3 comments:

  1. usahlah saudari bergundah hati...serahkan semuanya pada Ilahi...pasti itu yg dicari..
    *ape ak mengarut neh..ok EXAM stress @__@*

    ReplyDelete
  2. Wah! Bersajak giteww!! Bakat terpendam! Saloh kos dh tu farahhh!!

    ReplyDelete
  3. ok pasni tuka kos seni teater laa @__@

    ReplyDelete